Laporan membuat yahoo mail
Apr 11th, 2008 by azima
Pada laman web ‘homepage’, saya menaipkan alamat http://groups.yahoo.com/group/ge1153 pada ruang adress yang terpapar di bahagian atas skrin komputer. Kemudian,saya mendaftarkan diri sebagai pengguna di dalam Yahoo Groups dengan memasukkan Yahoo ID dan password. Untuk mendaftarkan diri sebagai ahli group ge1153, saya klik pada bahagian bertulis ‘Join This Group’. Terdapat satu paparan baru tersiar pada skrin komputer yang bertulis profile azima.mohdzain akan digunakan sebagai identiti saya. Selain itu, saya harus memilih cara penghantaran mesej dalam group ke e-mel saya.
Terdapat empat pilihan iaitu penghantaran secara ‘individual email’, ‘daily digest’, ’special notices from group moderator’ dan ‘reading the messages on web only’. Saya juga boleh membuat pilihan format untuk mesej yang akan dipaparkan, sama ada ‘fully featured’ atau ‘traditional’. Saya telah membuat pilihan ‘reading the messages on web only’ dan ‘fully featured’ untuk mesej-mesej yang bakal saya terima. Setelah menaip semula kod huruf dan nombor yang telah dipaparkan pada ruang kosong bersebelahannya, saya klik pada ‘Join’. Kini, saya telah menjadi ahli group ge1153.
b) Untuk menghantar message daripada group ge1153 ke group ge1153, saya klik pada perkataan ‘Post’ yang terdapat pada sebelah kiri skrin komputer.Kemudian,saya menaip mesej beserta tajuknya pada ruang kosong yang disediakan dan klik ‘Send’. Untuk menghantar message daripada Yahoo Mail kepada group ge1153, terlebih dahulu saya membuka laman web Yahoo Mail dan mendaftarkan diri sebagai pengguna dengan memasukkan Yahoo ID dan password. Kemudian, pada paparan baru yang tersiar di skrin komputer, saya klik pada ‘Compose’ yang terdapat pada bahagian kiri sebelah atas skrin tersebut. Saya menaip mesej saya beserta tajuknya pada ruang kosong yang disediakan. Setelah itu, saya menghantar mesej tersebut kepada alamat ge1153@yahoogroups.com dan klik pada ‘Send’. Satu pengesahan bahawa mesej telah dihantar akan terpapar pada skrin.
c) Cara untuk saya memberi respon kepada mesej yang ada di dalam group ge1153 adalah dengan mengklik ‘Reply’ pada mesej tersebut. Saya menaip respon saya pada ruang kosong yang tersedia dan setelah siap, saya klik pada ‘Send’.
d) Pada laman home untuk group ge1153, saya klik pada ‘Files’ yang terdapat di sebelah kiri laman tersebut. Kemudian, saya klik ‘Create Folder’ yang terdapat pada kanansebelah atas skrin komputer. Saya menaip tajuk fail saya di ruang ‘File name’ dan menulis ‘description’ fail tersebut. Setelah itu,saya klik ‘Create Folder’. Folder yang telah dibuat sebenarnya adalah kosong. Oleh itu, saya pergi semula ke laman ‘Files’ dan klik pada folder saya yang telah tersenarai di dalam laman tersebut. Satu paparan baru tersiar dan saya klik ‘Add File’ yang terdapat pada bahagian kanan sebelah atas skrin komputer. Untuk memasukkan bahan dalam folder saya, saya klik ‘Browse’ dan memilih bahan daripada dokumen di dalam komputer. Kemudian,saya klik ‘Upload File’. Bahan tersebut akan dimasukkan dalam folder saya. Langkah ini akan diulangi sekiranya saya mahu memasukkan lagi bahan ke dalam folder saya.
Laporan disediakan oleh:Azima bt Mohd Zain